Maklum la dulu tidak mempunyi peluang untuk menyambung pelajaran sehinggah ke peringkat ijazah kerana telah mendapat pekerjaan di kerajaan pada umur 21 tahun..peluang apabila mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan itu saya tidak lepaskan...dan hanya setelah 7 tahun lebih berkhidmat dalam kerjaan barulah saya terfikir untuk menyambung pelajaran saya dalam ijazah sarjana muda dengan mengambil pendidikan jarak jauh di UUM, kampus UMS Kota Kinabalu..
Disini sy nak ceritakan sikit tentang pengalaman saya dalam mengambil pengajian jarak jauh ni..
Apabila setelah hampir habis 2 semester saya mengambil PJJ di UUM ini memberi banyak cabaran kepada saya.. Lokasi tempat saya berkerja iaitu di Labuan yang jaraknya lebih kurang 500km dengan merentas lautan selama dekat 2jam menggunakan feri kederaan dan menggunakan kenderaan jalan darat dalam 2jam setengah untuk sampai ke kota kinabalu di mana tempat kuliah itu diadakan..
Biarpun ia hanyala sebulan sekali untuk menghadiri kuliah di kota kinabalu tetapi ianya memberi banyak cabaran kepada saya...dari segi kewangan, dari segi masa, dari segi tenaga saya jalani...maklumla otak bukan lagi macam masa zaman sekolah dulu..hahaha...dimana lagi kena bahagiakan masa untuk membuat tugasan yang diberikan dan kerja seharian amatlah mencabar minda seseorang..tidak hairanlah ada yang mengambil PJJ ni berhenti di tengah jalan maksudnya tidak menghabiskan pengajian kerana banyak cabaran dan kekangan yang harus ditempuhi untuk mengghabiskan pengajian ini..
Tetapi demi mengejar cita-cita iaitu ingin memajukan diri yang ingin meningkatkan pelajaran dan dalam pekerjaan pula ingin memajukan diri kepada yang lebih tinggi lagi berbanding sekarang seterusnya ingin mejadi icon kepada anak cucu kita di masa hadapan kita kenalah bertahan dan menyerap semua halangan yang mendatang..
Pernah sekali di semester ke-2 saya hampir-hampir untuk berhenti menamatkan pengajian tetapi berkat dorangan daripada kedua ibubapa saya yang mendorong saya supaya meneruskan pengajian memberikan saya semangat untuk meneruskan pengajian saya sehinggah kini...jadi harap selepas ini saya mampu meneruskan pengajian saya dengan jayanya sehinggah saya memiliki segulung ijazah..
Doakan kesungguhan saya...😄😄😄