Tuesday, April 2, 2019

KOTA MARUDU....MY HOME TOWN


haloo gaissss....

Pada page kali ini saya nak share sikit tempat -tempat yang menarik yang boleh dilawati di tempat kelairan saya di sabah...yahhh...sy sebenarnya berasal daripada daerah KOTA MARUDU SABAH..

ok..nak cerita sikit pasal kota marudu ni gais..pekan kota marudu jaraknya dari bandar kota kinabalu lebih kurang 130km...kota kinabalu ke kota marudu hanya boleh sampai menaiki kenderaan darat sahaja kerana tidak mempunyai lapangan terbang untuk sampai ke tempat ini..perjalan lebih kurang dalam 2jam lebih sahaja dari kota kinabalu..


1. TAMAN KINABALU STESEN SORINSIM
Merupakan pusat pelancongan yang terkenal khasnya di Daerah Kota Marudu. Aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini ialah berbeku, bermandi manda dan berkhemah. Anda boleh juga bermalam di Taman Kinabalu Sorinsim dengan menempah penginapan yang disediakan berdekatan dengan pusat pelancongan ini.
Untuk sampai ke tempat ini, anda hanya memerlukan perjalanan sejauh 35 km atau 40 minit pemanduan daripada pekan Kota Marudu. Papan tanda dalam gambarajah menunjukkan anda telah pun sampai ke taman ini.

2. GUNUNG TOMBOYUKUNG

Bagi yang kaki-kaki haiking...mari usah-usah tempat ni manatau ada yang berminat dengan cabaran untuk haiking di tempat2 yang mencabar macam ni..
Gunung Nambuyukong merupakan tempat pendakian yang popular yang terletak di Daerah Kota Marudu. Tapak Permulaan untuk mendaki gunung ini ialah di Taman Kinabalu Sub Sorinsim yang terletak di Kampung Monggis.
Pendakian dari Taman Sub Sorinsim ke puncak Gunung Nambuyukong adalah kira-kira 16 km dengan perjalanan yang amat mencabar. Pengunjung disarankan untuk bermalam di chalet sekitar Taman Sub Sorinsim sebelum memulakan pendakian pada keesokan hari.
Untuk membuat tempahan bagi mendaki Gunung Nambuyukong, anda perlu menghubungi pihak taman sabah terlebih dahulu. Bagi urusan tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Sabah Parks.


3. SAUJANA HILL TIMBANG BATU


Saujana Hill Timbang Batu adalah sebuat tempat dimana kita boleh menjalankan reakriasi bersama keluarga untuk beriadah bersama keluarga. Aktiviti seperti memancing kolam, bermain sampan, berkelah, dan banyak lagi aktivti boleh dilakukan demi megisi masa lapang bersama keluarga.

1 comment:

WORK VS STUDY

Bekerja? Belajar? ya...situasi ini yang saya sendiri hadapi sekarang ini..disamping saya sekarang ini berkerja dengan jabatan ke...